moustache3

Sunday, April 24, 2011

i dh ckp kn next entry i nk wat psal 10-ciri-kononnya-perempuan-terakhir. hoho. so THIS IS IT, gooooo!!. lelaki, besarkan mata, thanks to http://shafaza-zara.blogspot.com/ for the tips, memang sempoi. ni sume comment khas-ikhlas-direct dprd die, heee

10 -CIRI-KONONNYA-WANITA-TERAKHIR

1. Kalau depan kawan-kawan perempuan, cakap lepas laku - tapi bila depan lelaki, tiba-tiba jadi manusia paling ayu sambil meliuk lentok bagai.

Kalau aku nampak yang jenis sebegini, memang akan jadi bahan. Kalau aku tak bahankan depan, aku bahankan secara sinikal bila manusia begini mula bercakap dengan aku. Dengan aku nak lepas laku? Lepaskanlah sebab aku jenis menerima. Tapi kalau kau dah melampau, tak ingat diri punya, memanglah kau tahu betapa susahnya belajar astronomi, geologi dan sebagainya. Sebab apa? Kau ingat senang nak ukur langit tinggi ke rendah?

Dan meliuk lentok bagai adalah intrepretasi bagaimana haiwan betina memikat haiwan jantan. Tak percaya? Kau boleh tengok sendiri dalam pelbagai jenis dokumentari. Lebih-lebih lagi kalau sebelum itu kau sembur minyak wangi sebaldi.

2. Kalau bercakap sesama kelompok, mesti nak guna bahasa pelik. Bila orang tengok, kau pula mencebik jelik. Orang kata kau gedik, kau kata apahal pakcik, makcik? Padahal bahasa angkasa lepas mana kau guna agaknya.

"Korang, korang (cakap dengan nada gedik), malam tadiiiiiiiiiiiiiiii kan, boipren kita bagitau yang kita ni cantiiikkk tau. Korang rasa camne eh?" (sambil ketawa mengilai2)

Nak muntah lupa letak baldi di mana.
Fuh!

3. Gila nak betulkan rambut ataupun tudung sampai pantang tengok permukaan yang boleh ada pantulan. Sudu pun kau layan sebelum menyudu makanan.

Sejak zaman aku sekolah sampailah aku dah kerja sekarang ni, aku tengok ramai betul manusia begini. Tak salah nak kelihatan kemas, tapi kalau setiap lima minit kau jeling cermin ataupun pergi ke tandas dan belek tudung ataupun sikat rambut tak sudah-sudah, kegilaan apakah ini? Model perapi rambut pun tak sebegitu. Begitu tekun kalau yang menyikat rambut, sampai aku rasa nak tanya - "Sehari kena sikat berapa hari eh?"

Yang kalau dulu ada tudung bawal, mesti seronok tengok gadis-gadis yang asyik tiup tudung bagi tegak. Fuh! Fuh! Fuh! Kalau tiup, sambil tarik tudung ke belakang, ke depan. Nak bercakap pun tarik tudung bagai, rasa teringin betul nak rentapkan ke belakang dan ikat tudung ala-ala Pah Bedah. Comel ya? Sangat comel. Rasa macam susu cap junjung zaman kecil dahulu.

4. Selamba dan tidak kisah dengan pandangan orang lain memanglah bagus. Tapi perlukah sampai tahap selekeh tidak bertempat ataupun tidak memenuhi ciri-ciri tempat yang kau pergi?

Aku pernah tengok orang yang bertudung tapi pakai skirt pendek paras lutut dan sekadar baju yang menutupi banjaran di dada. Mula-mula aku ingat sekadar selendang untuk menutup kepala ala-ala di tepi pantai, tetapi apabila ada serkup kepala dan tudung siap ada pin bagai, aku terpaksa tutup mulut sendiri jangan ternganga. Dan menariknya, bukan di tepi pantai, tetapi di dalam pasar raya. Mungkinlah sekarang ini ada fesyen berani mati.

Dan gadis-gadis yang dengan selamba pakai seluar pendek bagai di luar rumah, aku malas mahu komentar apa-apa. Terpulanglah. Cuma, bukankah lebih baik pakai seluar panjang? Jeans ke apa ke. Tapi yang paling 'seronok' adalah apabila tengok gadis-gadis yang pakai seluar panas (baca : hot pants). Sayang, pakai seluar dalam sahaja keluar mesti lagi rasa berangin tau? 
Betul.

5. Kalau perempuan mesti kena ada benda merah jambu. Wajib, kalau tidak mesti rasa macam lelaki.

Oit!
Tak semestinya ya? Tak salah kalau nak ada barang warna jambu. Terpulang. Pakailah. Tapi kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki warna merah jambu yang terang sampai orang terpaksa pakai cermin mata hitam untuk mengelakkan pancaran merah jambu yang menyinar, rasa untuk menampar adalah tinggi. Walaupun obses sekalipun, berpada boleh?

Aku pun ada barang merah jambu, tapi tidaklah sampai menjadikan merah jambu adalah segala-galanya. Ini tidak, kalau dah barang sendiri merah jambu, yang dibelikan untuk orang pun adalah benda merah jambu. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya dipukul rata dengan alasan, "Hey, saya suka warna merah jambu ya? Kamu semua mesti ikut!"
Pang!

Gambar : Tiba-tiba rasa nak pitam. Boleh?

6. Riak dengan kulit licin bagaikan kulit telur. Bila keluar jerawat sebiji, terus hebahkan satu dunia dan rasa diri cukup hina dan hodoh.

Percayalah.
Kalau kau pernah jumpa manusia sebegini, keinginan kau untuk menampar orang adalah berkadar langsung dengan rengekan dia ada jerawat sebutir muncul. Terus takut kena buat pembedahan plastik kalau nanti jerawat akan tinggalkan kesan di wajah dan sebagainya. Belek muka dengan cermin adalah perkara wajib dengan jari kelingking melentik. Golongan sebegini biasanya tak cukup dengan cermin meja solek, atau cermin di alat solek - mereka perlukan cermin muka yang berukir macam cerita dongeng dulu-dulu. 

"Mirror, mirror on the wall, who's the fairest of all?"

Mesti nanti dapat epal beracun.
Tapi kalau dia ada barang berjenama Apple, mungkin juga boleh salurkan sedikit viral. Ala, kan dah zaman moden? Bagi epal beracun buat apa kan?
Ketawa keji.

7. Gila bergambar tak ingat dunia.

Perempuan dan lelaki memang suka bergambar. Aku pun suka bergambar, tapi aku percaya ada had. Setiap benda ada had kan? Dan kalau kau dari nak pakai baju apa pun kau ambil gambar sampailah kau tanggalkan semula baju itu dengan pelbagai gaya, sungguhlah buat orang lain pandang pelik. Satu nasihat, janganlah buat di tempat terbuka dan kalau nak buat juga, tidak perlulah sampai di muatnaik semua sekali gambar yang penuh dengan er, apa perkataan nak tulis ni, baiklah, gila.

Pipi kembung.
Muncung itik.
Jari silang di bibir.
Kenyit mata sebelah.
Buat tanda macam-macam di pipi.
Bulatkan mata.
Dan macam-macam lagi.


8. Buat muka sombong ala-ala diva bila naik kereta milik teman lelaki yang rambut sikat macam Justin Bieber. Ye lah, susah nak dapat jadi penumpang eh?

Perempuan begini biasanya kita akan panggil, golongan kurang selamat. Mungkin dia cuak naik kereta dengan teman lelaki ataupun baru lepas bergaduh, jadi muka dia sentiasa ketat kalau teman lelaki dia keluar dari kereta. Padahal sebelum teman lelaki keluar, punyalah bertepuk tampar bagai. Ala, awak ni, keluar sekejap, tiada siapa nak culik teman lelaki awak pun. 

Kalau teman lelaki bawa kereta menjalar, besar, mewah - makin hidung tinggi yang penumpang tepi. Berlagak macam bulan-bulan dia yang bayar (kalaulah dia bayar, ehem, jadi mak gula ke?). Berlagak tak kena tempat, nanti kalau penghawa dingin rosak, solekan cair, lagi sadis tahu? Tengoklah juga bumi yang ditinggalkan walaupun kedudukan awak dah tinggi melangit. Bukan apa, kalau rasa bagus sangat di atas, bila jatuh bedebuk, sakit sangat.

9. Sopan dengan lelaki yang kacak dan pandai (dan juga perempuan yang sama jenis sahaja). Yang kononnya tak mencapai tahap, sebelah mata pun tak pandang.

Eleh!
Sampai bila boleh hidup sedemikian rupa? Kau perlukan orang lain juga. Mana ada kawan-kawan yang hidung tinggi akan tolong kau bila tandas rumah kau rosak contohnya? Semua hidung tinggi, bau busuk terus masuk hidung laju-laju, muntah terbelahak, terpaksa kau panggil tukang baiki paip yang duduk di rumah kos rendah sana. Kau pandang orang baiki paip atas bawah macam pencuri, padahal, kalau tiada dia, rumah kau dha penuh dengan air busuk dari tangki simbah.

Nak bezakan kedudukan manusia?
Yang Maha Berkuasa pun tak pandang hambanya dari segi materialistik macam kau buat, apa kau lebih hebat dari Yang Maha Pencipta?
Aneh.

10. Cerita benda barang berjenama dan terkini dengan semua orang dengan niat untuk riak dan menunjuk yang kau lebih hebat dari mereka (kononnya).

Kau ingat orang melopong dengar kau cerita kau beli barang dari jenama pereka semua tu sebab mereka kagum dengan banyaknya duit kau? Eh, sebenarnya tak. Mereka pelik sebenarnya sebab duit gaji mereka lebih dari mampu beli itu semua, tapi tak pernah beritahu semua orang yang mereka beli barang lebih mahal dari yang kau ada. Hakikatnya kau kena ikat perut sepuluh bulan nak beli barang yang kau suka. Silap-silap ada pasang bapak gula (baca : sugardaddy) untuk taja hidup kau.

Ah!